Thursday, July 4, 2013

Sibling ♥

Assalamualaikum





Aku bukan nak bercerita pasal kakak kakak aku , tapi aku nak cerita dua orang abang dan adiknya , bagi aku sangat sweet okay . So tadi aku balik sekolah . Jalan punya jalan punya jalan tangan mengelap peluh . Tetiba ' Kronggg krukk krokk kroikkkk ' Dah macam orang berak cirit pulak bunyinya . Hahaha . K pengotor . Actually tu bunyi perut lapar lah . Ish , laparnya . Lapar gila ni . Cepat lah sampai kedai , cepatlah cepatlah .

Bila dah sampai dekat kedai abah aku . What the ? Kedai tutup . Hari ni hari Khamis kot . Dah kenapa tetiba cuti ? Dah la lapar gila ni . Dengan menarik muka masam tapi kemanisannya masih ada dan takkan hilang ni . Aku pun nyong nyong nyong balik rumah . Mama aku panggil berjalan nyong nyong nyong . Sampai ja rumah , terus capai henfon . Nak call parents , tunjuk perasaan cadangnya . Punya huduh perangai . -_- and mama aku cakap diorang pergi Pulau Pinang . Ada kerja sikit , I guess . K padan muka kena tinggai sensorang kat rumah .

So aku pun mandi siap semua , nak pergi beli nasi ayam . Lapar sangat ni . Dah wangi beserta comel yang sememangnya dah comel sikit ni cuma bertambah sikit comel dia , aku pun nyong nyong nyong pergi kedai nasi ayam yang tak jauh dari rumah aku . Dah order , aku pergi topup dulu . Masa aku nak pergi topup tu , aku nampak ada satu cerita parking depan pusat pengajian Al Quran , dekat sangat dengan kedai nasi ayam tu . Eh , aku ex student situ tau ! Lol . Kereta tu biasa biasa ja . Aku rasa diorang tiga orang adik beradik . Dalam kereta tu , ada dua orang abang . Dalam lingkungan 20-an . And sorang budak laki , duduk kat belakang . Pakai kopiah dengan baju melayu siap galas beg . Comel k budak tu . Aku agak umur dia lebih kurang 5 or 6 tahun kot . Tengok dari gayanya , mesti budak tu student kat pusat tu kan .

Then bila kereta tu dah stop depan pusat tu , keluar sorang abang , yang duduk sebelah pemandu . Abang tu pakai cap . Dia gi bukak pintu belakang , untuk adik dia keluar . Sebelum adik dia keluar tu , aku nampak adik dia salam abang yang pemandu tu . Lepas dia keluar , dia salam pulak abang yang tolong bukak pintu tadi . Lepastu abang tu cium adik dia . Masa tu aku rasa . My God , sweet gila . Tengok dari perlakuan dia , aku dah dapat agak , diorang sweet sibling and mesti caring and baik and rapat . You know , benda macam tu seriously payah gila kita nak tengok .

Abang tu bukak pintu untuk adik dia , salam dengan adik dia . Tu aku anggap macam biasa ja . Tapi sangat menarik perhatian aku bila abang tu secara spontan cium adik dia . Dan secara automatik , bibir aku mengukir senyuman yang manis walaupun sebenarnya sedia ada dah manis dah pun . Lol . Tak lepas nak puji diri sendiri . Kalau aku tak puji diri sendiri , siapa lagi kan . Pakat nak muntah hijau ja hanya sebab nak puji aku . Lepas adik dia dah masuk dalam kelas , abang tu pun nak masuk dalam kereta balik and secara tidak sengaja aku terpandang  pemandu tu . Dia tengah tengok aku . Bila dia perasan aku tengok dia , dia pun senyum . Agak agak , dia perasan tak aku dok perhatikan tingkah laku diorang ? Cis .

Aku teringin nak ada abang kandung . Dulu , aku pernah bagitau kawan aku . And kawan aku cakap , susah ada abang ni . Bila abang , dia mesti lelaki . Lelaki ni banyak godaan sosial . Paham tak godaan sosial tu macam mana ? Yalah , dia lebih banyak terpengaruh dengan rokok , ponteng sekolah , dadah , rempit and macam macam lagi . Memang tak dinafikan , bukan semua lelaki macam tu , tapi bila kita ada abang , kita taktau macam mana abang kita tu . Dia nak jadi apa , itu pilihan dia . Dan mungkin tanpa pengetahuan keluarga , dia terjebak dengan godaan godaan sosial ni . Dengan apa yang aku saksikan hari ini . Inilah abang yang aku nak , tapi susah nak cari abang macam ni zaman sekarang . Abang yang protect family dia . Sangat susah .

Tapi , bila dah namanya SIBLING . Adik beradik . Macam mana buruk pun dia , macam jahat pun dia , sebenarnya dia sangat sayangkan adik beradik dia . Even kadang kadang dia tak tunjuk depan depan , perbuatan dia yang menunjukkan dia sayangkan kita . Cuma kita ja tak sedar . Macam kakak kakak aku . Seteruk mana pun kitaorang gaduh , tumbuk sepak terajang . Perasaan sayang tu takkan pernah hilang . Sekuat mana kau jerit kau bencikan adik beradik kau , sejauh mana kau lari dari adik beradik kau . Perasaan sayang takkan pernah hilang . Sayang dekat sibling bukan macam sayang dekat boyfriend/girlfriend . Kau couple lah sampai 4 5 tahun , bila putus , kau boleh lupakan dia jugak . Sibling yang membesar bersama dengan kita . Dari kita kecik hingga sekarang . Dia kenal kita lebih daripada boyfriend/girlfriend kenal kita . Dia dah masak dah dengan perangai kita .Macam mana kita nak lupakan dia ? Tak boleh . Air dicincang takkan putus :)


Wednesday, July 3, 2013

Apa pulak orang kata ?

Assalamualaikum

Hello peeps . Nampak tak bajet macam ada orang nak baca blog aku ? k . Aku suka menaip , tak kisah ada orang baca ka tak , asalkan aku taip * happy life * lol . Let's talk about apa orang kata ? Any question ? Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ? Apa yang aku cuba nak cakap sebenarnya ? Apa maksud aku ? k . Sini dekat sikit aku nak cerita , jawapan 3 in 1 ni . Bukan iklan Nescafe k .

Bila kau rasa kau nak do something . Kau akan pikir , nanti apa pulak orang kata ? Sikit sikit , apa pulak orang kata . Sikit sikit apa pulak orang kata . Tak ka kau rasa kau bergantung pada pendapat orang ja ? You are not being yourself kalau kau terus terusan pikir apa pulak orang kata . Setiap manusia dalam dunia ni , ada pendapat masing masing . Kalau kau nak pikir apa orang kata , memang tak jadi manusia lah kau . Habis tu jadi apa ? Jadi orang :3 k jawapan budak cengeng . Tapi serious kot .

Memang kau takkan boleh buat apa apa kalau kau ikut apa yang orang pikir dan apa yang orang cakap . Well , life ni . Biasalah orang suka kita , orang benci kita . Itu perkara biasa k . Aku sendiri , ramai ja benci aku . Tapi aku buat muka tauhu busuk . Lantak lah . Tauhu tauhu busuk pun comel okay . Hahaha . Tolong jangan muntah dekat sini . See , kalau orang yang macam jenis type ' ei dia ni puji diri sendiri comel . gerdiksx gilerwh ' . Dia akan kata macam tu tapi . Ah kisah apa aku . Dah memang jenis ni aku bergurau . I just be myself . Aku bergurau macam ni dan aku akan bergurau macam ni . Takkan hanya sebab dia cakap aku macam tu , then terus aku berubah jadi ayat macam ni pulak ' tauhu tauhu busuk , dah busuk hodoh pulak tu , dah hodoh gemuk pulak tu dah gemuk hitam pulak tu ' Then lepastu ada pulak orang cakap ' Jangan cakap macam tu , setiap ciptaan Allah comel comel saja , tak baik mengutuk diri sendiri ' . Nampak tak nampak tak ? Dua pendapat yang berbeza , fikiran yang berbeza . Okay yang ni aku bagi contoh ja .

Then what to do ? Senang ja . Kita pikir , apa yang kita buat tu betul ka salah . Kita pikir apa yang kita buat tu , kita selesa tak . Buruk tak padahnya nanti . Kita just pikir diri kita sendiri . Jangan pikir orang lain . ' YOU ALWAYS THINK WHAT PEOPLE WILL SAY , BUT DO YOU THINK ARE YOU HAPPY DOING THAT ? ' Okay aku bagi contoh la kan . Contoh . Ada sorang budak perempuan ni , dia free hair . Then hati dia berubah , dia nak pakai tudung . Takkan dia nak pikir nanti gang dia perli dia . Kawan kawan dia kutuk dia . Takmau ka dia pikir apa yang dia akan tanggung di akhirat nanti ? Bila kau just pikir diri kau , keselesaan kau . Kau akan happy ja . Takdak gelisah gelisah . Happy life gitu . Aku dah cuba try test buat , and it work ! So you have to try by yourself  ! Good luck . ;)

Monday, June 3, 2013

Tetamu tidak diundang

Assalamualaikum .

So , untuk terus mengisi masa cuti aku dengan aktiviti yang berfaedah . Di bawah sinaran bulan yang menerangi malam malam sepi , dengan bunyi cengkerik dan katak ong berselang seli , silih berganti jom aku cerita dekat korang satu cerita yang sangat awesome bagi aku ! -_- Even cerita ni dah lapuk di telan zaman , tapi masih segar di ingatan aku dan ke'peqak'kan aku masih belum hilang .

Tetamu tidak diundang . Apa ? Terasa ? Terasa nah hambik ! Alolo . Janganlah .. Kamu kamu kamu yang tengah baca blog aku ni , semua tetamu yang aku undang . Tetamu VVVVVVIP lagi tau ! So apa yang aku nak cerita tentang tetamu tak diundang ni ? Adakah tentang Mak Jemah yang datang rumah aku sebagai tetamu untuk bercerita gossip gossip terbaru seperti Izzue Islam nak kawin dengan PA dia dan aku pun halau Mak Jemah tu ? Atau aku ada buat kenduri dekat rumah aku , dan sekumpulan bebudak remaja nak makan kenduri tapi tak dapat menunjukkan kad jemputan so diorang dikira sebagai tetamu tak diundang ? Eh bukan bukan . Boo yana boo .

Tetamu yang aku maksudkan . Ialah ....... ! Okay let's start the story . So hari selasa minggu lepas .. Kedai parents aku cuti , so aku balik sekolah tu . Aku jumpa mama aku , aku mintak dekat mama aku , nak balik BPJ . Lepas pujuk pujuk pujuk pujuk . Mama aku pun cakap okay . So mama aku suruh aku balik rumah dulu , kemas-2 apa yang patut . Sebab mama aku nak pergi tesco . Beli barang sikit . So aku pun beli nasi ayam , dan terus balik . Lalala~ Dah sampai rumah , aku terpikir . Hmm , mesti mama lambat lagi , sebab mama nak pergi beli barang dulu . So aku makan dulu , tengok tv dulu , main game dulu . Punya relax . Padahal aku yang kalut nak balik BPJ tadi . Tetiba ' Ponnnn Ponnnnn !!!! ' * bunyi hon * Takkan sampai dah kot ? Alahh , aunty rumah sebelah tu . ' Ponnnn Ponnnnnn !!!! ' bunyi lagi .. Ish apa ke pekak sangat jiran aku ni , sikit punya kuat hon , tak dengar-2 . Aku pun meninjau sikit dekat tingkap tu . Oh My God !
Abah aku ! Aku pun punya kalut kemas-2 barang apa semua , dah masuk bonet siap . Aku masuk dalam kereta . Abah aku tanya ' adik nak p mana bawak barang banyak sangat ? ' Aku macam -_- cisss . Then aku tanya abah aku balik ' abah nak bawak ceq p mana ? ' kedah sgt kan ' abah ingat abah bawak bawak adik p tesco . P dekat mama ' ' Ohh , ceq ingat abah nak bawak ceq balik BPJ . Sebab tadi mama cakap mama nak bawak ceq p BPJ . ' ' Adik nak balik BPJ ? Hm , takpalah . Jom p tesco dulu '  pekat gila aku cakap . So kitaorang pun p tesco . Siap pindah barang apa semua . Kitaorang pun p kedai runcit yang lain . Supplier barang niaga parents aku lah . Kereta mama aku , tinggal dekat tesco . Sebab rosak apa entah . So , masa dekat kedai runcit tu , kakak aku call mama aku . Cakap ada binatang masuk rumah . Mama aku cakap la , halau dia keluar la apa . Kakak aku tak berani . So masa tu macam-2 spekulasi yang timbul .. Cakap tu biawak la , apa binatang entah , lupa nama dia . Tapi mama aku cakap binatang tu tak bahaya . So kitaorang terus balik BPJ . Cehh , konon nak halau binatang tu ah . Yang aku , dalam hati dah macam-2 dah cakap . Kakak penakut lah apa semua . Cis , teruk kan aku ?

Dah sampai , aku pun punya gelakkan kakak aku . Sebab apa ? sebab dia guna , kau tahu kapak yang diperbuat daripada besi yang besar gedabak mak engkau tu , kapak tu orang guna untuk pecahkan dinding . Tapi dia guna nak bunuh binatang tu . Kau bayangkan , kalau binatang tu lari , jenuh kakak aku kejar binatang tu sambil katok binatang tu guna kapak tu . Tak ke lingkop lantai rumah mama aku -,- Dah la siap duduk atas sofa , kaki tak jejak lantai dah . Kapak tu , siap sandar depan dia . Cehh . Ni taktau la binatang apa . Sebab kak aku nampak badan dia ja , tu pun separuh ja . Tiba-2 mama aku cakap . ULAR !  aku macam . Ah ! seriously ? So aku pun lari sepantas kilat ke dapur . Maklumlah . Peqak kan . Mana pernah tengok ular lagi . Hmm , seumur hidup aku , masuk kali ni baru 3 kali aku tengok ular face to face . Tu pun ular daun kauu . Masa darjah 3 ka 4 entah . Kat kelas tasmik , dekat sekolah . Nature sangat sekolah aku kan . Nasib takdak kera . Kalau tak , jadi gang aku lah .

Manaaaaaaa ? Eksaited kan aku . Rupa rupanya ular tu dah masuk dalam almari . So terpaksa jahanamkan almari mama aku , sebab nak ambik ular tu la kan . Dari mana dia masuk ? Dia masuk dekat lubang kecik almari tu lah . Lubang tu kecik gila kot . Ramping sangat ular tu . So abah pun tengoklah . Ular apa .. Macam-2 nama ular yang keluar . Yang pasti ular kuman-2 jelah yang keluar masa tu . Ular nak makan tikus lah hapa . Ha , rumah aku ni , memang banyak cuncurut . Tahu tak cuncurut tu apa ? Tak tahu pergi search mr . google . Then panggil jiran apa semua . Siap call ' bomoh ular ' lagi youuu . Ha kemain kan . Bomoh ular , padahal kawan abah aku . Mama aku suruh call bomba . Tapi abah aku nak tunggu ' bomoh ' . k fine . Dah ' bomoh ' sampai , ' bomoh ' cuma nak tengok je ular tu . Nak tangkap suruh bomba lah . Kurang sangat . Then dah sampai bomba , dah tangkap ular tu . Tahu tak ular tu nama apa ? Haaa , raja lah youu . King Cobra . Jeng jeng jeng ! Masa nak tangkap tu , banyak sangat reporter-2 tak bertauliah datang . Terasa famous rumah aku tu tau .
Dulu biawak , sekarang ular . Nature sangat rumah aku . Agak-2 , boleh la aku jadi tarzan . Hikhik .

Gambar ular takda , gambar almari yang dah jahanam ada . :) k bai !

Saturday, May 25, 2013

Pen dan correction tape

Assalamualaikum peeps !

So haii haii haii ! Firstly aku nak cakap ' HAPPY HOLIDAY !!! ' untuk semua student . Tambah tambah lagi student yang cuti lepas exam macam aku ni . Seriously bahagia gila kan ? Eh , korang tak rasa ka bahagia yang aku rasakan ? Apa ? Tak ? Tapi aku rasa . K what ever .. Banyak student update status dekat facebook , takpun tweet . ' Masa sekolah nak sangat cuti , masa cuti nak sekolah pulak ' Eh , tapi kenapa aku tak rasa macam nak pergi sekolah pun ? Hmm . K setakat ni tak . Eh korang , seriously korang nak pergi sekolah ? Seriously korang ? Seriously seriously ? Aku hanya akan suka gila vavi pergi sekolah kalau pergi sekolah tapi tak belajar . Paham tak apa aku cakap ni ? Suka pergi sekolah , tapi taknak belajar . Just buat hal masing-2 . Duduk gossip dengan kawan-2 . Main-2 . Hoi , nak jadi apa hang ni yana ? Agak-2 kalau semua orang dekat Malaysia ni macam aku , apa akan jadi kepada Malaysia ? OMG .

So entry aku kali ni berkaitan dengan student jugak . Semua student yang menggunakan pen untuk menulis mesti akan guna liquid paper or correction tape jugak kan ? Kan kan kan ? Lain lah bagi student yang bila salah tulis just potong macam tu ja kan .. Aku sebagai seorang student yang baru 2 tahun menggunakan pen dalam sesi pembelajaran memang wajib guna correction tape . * hambik ayat bm aku . kalau buat karangan penulisan macam ni kan bagus * Entah , kalau takdak correction tape dalam pencil box aku tu rasa macam tak lengkap . Ah , takpayah nak tak lengkap sangatlah . Apa susah , pinjam jalah dekat kawan kann . Hahaha . Takpun main potong macam tu ja .

So bila guna correction tape ni , pernah tak korang alami kejadian . Bila correction tape korang tu macam getah . Alahhh , yang macam bila tarik dia tak lekat dekat kertas . Dia macam getah la . Boleh tarik-2 . Lekat tak lekat macam tu lah . Ish . Paham tak ni ? Yang bila tarik dia macam getah tu . Ala , yang dia melekit lekit tu . Yang tarik dia lekat dekat correction tape sikit , dekat kertas sikit . Ish yang macam ....... Ah ! Seteres aku ! Buat-2 paham dah la ! Okay , sambung eh . Dan bila correction tape aku jadi macam tu , serious aku akan jadi stress gila ! Nak buad nota or latihan pun jadi takdak mood . And kadang-2 tu sampai boleh naik angin aku hanya sebab correction tape tu saja . Habes correction tape tu aku baling , kucing yang lalu depan bilik aku pun habes kena marah dengan aku . Tak memasal ja kan . Bukan dia ziarah bilik aku pun , dia lalu ja . Jadi mangsa jugak . Tau apa aku cakap dekat dia ? ' Ish kucing ni ! Lalu depan bilik aku buat apa ? Aku nak tengok lantai pun tak boleh ! ' K aku tipu . Aku tak segila tu nak cakap dekat kucing macam tu . ' Ish apa susah ? Guna lah liquid paper . ' So sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan sekolah . Aku tak guna liquid paper . xD


Haaa . Mana aku tak stress ? Sampai jadi macam ni kot kertas aku .


Tak dilupakan , buku teks turut menjadi mangsa .


And last sekali , this is what happen to my exercise .
Gila tension tengok latihan aku tu . Last sekali , tindakan bijak aku .


Ha . Senang ! Settle ! Hahaha . K aku tau , entry aku kali ni boring . Dan sebenarnya sebelum ni punya pun boring . Aku rasa aku nak post entry ni , sebab masa aku buat latihan ni , aku tengah rindukan blog . So aku just terfikir , why not kalau aku post ja pasai ni . At least dapat melepaskan gian aku . K bai !

Saturday, April 20, 2013

Happy Birthday Tikah !


Assalamualaikum .
Setelah sekian lama aku takdak idea nak menaip apa bagi mengisi ruang ruang kosong blog aku . Maka hari yeahhh ! Dah ada topik nak story . Yeay yeay yeay ! Actually birthday kawan aku ni hari khamis . Tapi kitaorang celebrate hari jumaat . Dan hari ni , sabtu baru aku update . Kalau aku tak update hari ni , alamatnya bila story ni dah busuk , lapuk , boring , out of date dan ketinggalan zaman lah baru aku update . So jom kita ikut doraemon naik mesin masa keeeee ...... hari SEMALAM !

Pada tanggal 18 April 1999 , maka lahirlah seorang baby yang sangat comel yang diberi nama Siti Kembong Berduri . Eh bukan ! Nur Athikah Fatehah berbintikan Rosli . Wajah pertama yang dia nampak semasa kelahirannya kedunia ini ialah seorang doktor yang cantik dan pipinya yang gebu . Setelah dia menyelikkan matanya , perkataan pertama yang meluncur keluar dari bibirnya ialah uwekkk uwekkk sambil dalam hatinya berkata ' nak duduk dalam perut lagi ! ' k aku tipu . Maka pada hari Khamis , 18 April 2013 , genap 14 tahun dia dilahirkan ke dunia ini . Kalau hari ni , hmmm . 14 tahun 2 hari dah . So so so so , you all . Pada hari ke 14 tahun sehari dia dilahirkan , kawan-kawan dia yang comel plus baik hati plus sweet gila ni kan , telah menyelebratekan birthday nya bagi mengeratkan pertalian persahabatan kami . Kalau PBS sivik tanya , cara cara mengeratkan tali persahabatan , jawab sambut birthday kawan tauu . Dan KFC Tesco Sungai Petani Selatan telah menjadi saksi dimana birthdaynya dicelebratekan . Antara faktor faktor kami memilih tempat ini ialah dekat disebabkan ramai yang takdak transport untuk menghadirkan diri ke Amanjaya mall atau CS or what what . Yang ni jawapan geografi pulak tau .

So , sebelum tu aku dah kalut ajak abah aku pegi beli hadiah la apa semua . So jom ramai ramai cakap terima kasih pakcik sebab telah menjayakan majlis ini dengan jayanya ! hahaha . Tau tak kitaorang makan apa ? Kitaorang makan keafsi . Yang korea tu tau tak ? Sedap tauuu . Pedas .. Tapi izzati cakap tak pedas . Hmm . Lidah dia kebas mungkin ? Dan apabila kami bergabung , tak kira dimana sahaja , tempat tu akan jadi riuh hanya sebab kami . Nasib la meja yang kami pilih agak strategik , dimana terlindung dari pandangan customer customer yang lain . Seriously , agak malu lah kan , sebab sorang sorang pekerja kfc tu tengok kami . Agaknya kami bising sangat sampai diorang terfikir , ' lahhh . penduduk kampung ceruk mana jakun nak makan kfc ' . So sambil makan haruslah ada sesi bergambar . Nasib lah kamu semua jenis tebal muka taktahu malu dok bergambar kat situ siap kena tegur dengan pekerja kfc . Alahaii . Terlalu banyak gambar sebenarnya , tetapi setelah ditapis , gambar yang muka aku huduh tu , aku tak tunjuk la kann . Gambar muka diorang huduh , takpaaa . =) Jomm !

                           Nampak tak ayam korea kami ? hahaha



                                          Partner aku <3



Dan dan dan apabila hadiah dah dikeluarkannnnnnnnn !

  Comel tak comel tak hadiah daripada aku and diba ? Teddy ! I Love You <3


Dan bila kami rasa kami dah boring posing dekat kfc tu . And dah rasa macam maluuuuu >< hahaha . so kami keluar dari kfc tu and jalan jalan keliling tesco . And ! Teng , partner aku , belanja aku ais krim ! yeay !




And lepastu , kami semua berpecah . Ada yang nak beli itu la , ini la . So semua ambik haluan masing masing .



Lepastu kami jumpa balik . And lepastu berpecah balikk . Lepastu semua pakat balik dah . Tak jumpa pun masa last nak balik tu .. Semua pakat text dengan call ja cakap nak balik .. Seriously , memang best ! Happening ! And this is first time kami outing together . And aku harap nanti kita boleh outing and happy happy macam ni lagi =') Korang tau tak sebenarnya kawan kita antara insan paling penting dalam hidup kita ? Cuba bayangkan kalau korang tanpa kawan kawan ? Sensorang ja . So sometimes kita kena do something yang menunjukkan kita hargai diorang and diorang akan tau yang kita sayang diorang sebenarnya . Aku rasa aku takkan boleh hidup tanpa kawan kawan aku . Susah senang kami bersama . Diorang selalu bagi aku gelak dengan kerenah diorang yang spontan and gila gila sometimes . Selalu bagi aku senyum dengan cara diorang sweet . Sebab kadang kadang kitaorang suka cakap ' iloveyou ' . And bila aku sedih , diorang akan pinjamkan telinga diorang , dengar aku bercerita . Dan tenangkan aku bila aku nangis . Seriously , aku sayang gang aku sangat sangat sangat sangat sangat ! =') ILoveYouuuuu . So , ada yang tertanya tanya yang mana Athikah ? Yang mana birthday girl ? Tadaaaaa !

            Happy Birthday Tikahhh ! I love you =')

 And ! This is KAMI SEMUAAA ! Aku tau kawan-kawan aku semua comel comel . So ada yang nak suruh aku adjust sorang ? I'm sorry . Aku tak menyediakan perkhidmatan tu . Sekian , Assalamualaikum .

Friday, April 12, 2013

Lifeless ?

Assalamualaikum . Hello world ! Okay . aku blurr . -__- aku nak menaip apa hari ni ? okay . hmmm . Last aku update awal bulan Januari dan sekarang is April . So tak hairanlah para para followers aku bengang dengan aku . Baik tak payah buat blog .. Amboi hang .. Bagi penamporr sedaih apa tak dapat . suka hati aku lah aku nak buat blog tapi takmau update pun . -,- sebukk je tauu . Aku bukan saja saja takmau update . tapi banyak sangat halangan . Berukband aku hilang . Kering idea , quiet busy and macam macam lagi . Dengan koir nya lah , choral speaking nya .

Lifeless . Amboiii . lifeless sangat kann . Cuti cuti macam ni seriously aku rasa boring gilaaa walaupun sebenarnya banyak benda yang aku kena buat . cuma aku agak malas . makcik makcik dekat luar sana yang ada terselit hasrat nak jadikan aku menantu kompemm lepas baca ni reject terus . Amboii hang , baru 14 tahun gedik je lebih . Kerja aku bila cuti , bangun tido , makan , tengok tv , online . Nampak lifeless kan ? sebenarnya boleh ja aku buat homework , study , sapu sampah , sidai baju , lipat baju , mop lantai or anything . tapi macam yang aku cakap tadi . M.A.L.A.S . last sekali , apa pun tak jalan .. Yang aku rajinnya , blog walking , facebook , twitter , keek , utube , movie and games . Seriously , life aku sekarang ni macam . Pffftttt -,- agak tak best . sebab apa ? sebab aku rasa macam malas nak gelak . Terlalu banyak benda yang aku kena fikir sampai buat aku rasa tension gilaaaa dohh . tapi aku tak boleh lari daripada masalah . inilah dugaan hidup . aku tak dapat hentikan waktu . macam mana pun waktu aku terus berjalan dan aku akan menghadapi semua ni . dan semua ni akan berlalu dan berakhir . aku dah malas nak fikir . aku serahkan semua nya kepada Allah . aku tau Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku . biar masa yang menentukan , apa nak jadi , jadilah . Don't cry because it over , but smile because it happen . Tikah , thankss :')

Tapi tapi tapi . aku akan rasa macam tu hanya bila aku sensorang dekat rumah yang sunyi dan boring ni . kalaulah aku ada adik ramai ramai . mesti riuh kan rumah ni . best jaa . okay , tu kalau aku ada adik . dan sekarang takdak . okay aku ulang ayat tadi . aku akan rasa macam tu hanya bila aku sensorang kat rumah ni . bila dekat sekolah . hah . jangan cakap la weh . gelak macam nak pecah perut . awai awai pagi lagi dah gelak . untung kau yana dapat kawan kawan yang kepala otak banjir macam kau jugak . hahaha . bila aku sensorang kat rumah , yess . macam sekarang ni . aku rindu kawan kawan aku . rindu gelagat diorang sampai kadang kadang bila aku ingat balik , aku akan senyum sensorang macam orang tak betul . bila benda tu lawak gila , aku akan gelak sensorang macam orang gila yang hilang akal . dan lepastu aku cover skit sikit takut jiran nampak . kang tak pasal pasal diorang tempah wad dekat tanjung rambutan untuk aku . how sweet . caring nya jiran aku :') terharuu la youuu .


                           Dalam gambar ni , sorang takdak . Annas .
Friendship . This is SAHABAT . Diorang ni sahabat aku . selalu buat aku gelak . selalu bagi aku senyum . selalu ada di sisi aku bila aku sedih dan runsing . selalu bimbing aku bila aku nak buat keputusan , sebab aku tak pandai buat keputusan . dan selalu nasihat aku bila aku ada masalah . perangai gila gila kami membuatkan kami sekepala . I LOVE YOU FRIENDS . :* Nampak tak aku lari topik ? daripada lifeless kepada friendship . hahaha . akhir kata , Assalamualaikum :)

Saturday, January 5, 2013

Ayuhh Kembali Ke Sekolah ! :)

Assalamualaikum .

Selamat Menyambut Tahun Baru ! Welcome 2013 , please be nice to me *kenyit mata* hahaha . Yess aku tau aku lambat seminggu . Boleh bayangkan tak 1 Januari aku dah mula sekolah . Ini sangat tidak cool seriously ! And sure lah 31 .12 .2012 tu takdak masa nak menengok tv , untuk count down bersama sama dengan pengacara tv 3 tu kann . By the way aku tetap eksaited nak pergi sekolah . And aku kata eksaited nak pergi sekolah masa first day tu jelah . Dan sekarang aku mula mengira hari , bila nak cuti ni ? Pheww . Sekolah sesi pagi tersangatlah annoying . Terikat dengan peraturan yang ketat , dah aku dipaksa jadi pengawas . Double what ! *sambil buat gaya macam pelakon sinetron indonesia yang memegang watak gedik* Aku nak sesi petang !!!! Nak petang nak petang !!!! >< by the way , aku mula merasakan keseronokan menjadi pengawas sekolah . Dan aku rasa , aku akan sukakan tugas sebagai pengawas sekolah , perlahan lahan . Tapi aku rasa kalau jadi student biasa yang tidak memegang apa apa jawatan besar , dan memakai baju putih beserta kain biru muda dengan beg aku yang berwarna hijau . Lagi best rasanya . Dan pengawas ni ramai budak anti . Tapi , kesah hape aku . Bak kata budak budak fesbuk , 'haters make me famous' . Cuma abaikan ja perkataa ' booo ' dari diorang . Sambil dalam hati kata ' Happy With My Life '


And yang aku eksaited sekali ! Aku form two student ! Wewittt . I'm not a junior at smk bakar arang anymore . Okay , i'm still a junior . *aku mula merasakan kekeliruan penggunaan a dan the . Jadi kalau ayat aku salah . Perbetulkan , dan . Abaikan .* Ya , aku masih junior , tapi aku sudah mempunyai junior . Bersedialah budak form 1 . *sambil kepal kepal tangan gaya nak tumbuk orang* ohh tidak ! aku senior yang baik :3 Memandangkan aku seorang pengawas , maka tidak wajarlah kalau aku buli budak form 1 . Cuma aku akan mintak tolong budak form 1 buat selesaikan kerja aku banyak banyak . hahaha . okay , aku tak sekejam ituu . drama je lebih .. You know what , first day aku dah dapat homework yang berlambakk , dengan nota , latihan apa semuaaa . Dan buat aku rasa macammmm . -__- First day kot . And , hari ke tiga dah kena buat pbs . Memandangkan kilang dalam kepala otak aku ni belum bergerak dengan laju lagi , kena letak minyak sikit bagi dia laju . Maka , first pbs aku dah salah satu . hahaha . Tulah cikgu , sapa suruh bagi pbs awal awal , cuba bagi minggu depan , mesti betul semua . Dan , ergh ! Aku kena say hi to pbs . Dan get ready untuk kusutkan kepala aku dengan pbs , evidence dan sebagainya . Dan aku pasti akan busy start minggu depan . Sebab start minggu depan cikgu akan kalut mengedarkan kertas pbs . Apa apa pun , azam aku tahun ni , nak belajar rajin rajin ! Rajin dari tahun lepas ! Nak bagi dapat sampai band 6 . *dan aku nampak macam mustahil* Okay , longgarkan sikit . Band 5 ! at least , band 3 ! Nak jadi lebih baik , of course . Dah takmau main main macam tahun lepas ! *dengan lagu background , gemuruh jiwa .. Semangat membara .. Dari puncak kini ke angkasa .. * ehh , betul ka lirik aku ? *sambil nyanyi , sambil tangan dikepal dan di angkat ke atas* hahaha . semangatnya aku . Awal tahun je ni .. Dan sekarang ! Aku kena pegi siapkan homework aku disebabkan esok sekolah . -,- Baiiiiiii ! babaiiii ! Goodbye !!!!


   
Muka eksaited nak pergi sekolah . First day nih ! And teddy tu tiap tiap malam aku peluk tidurr . De'fatiya kesayangan aku . Kekasih aku =')