Saturday, December 15, 2012

Oh ! Apa dah jadi pada sarapan aku ! :(

Assalamualaikum Holaaaa :)

Hari ni aku pun taktau apa kena dengan aku , lepas subuh dah tak leh lelap mata dah . Mungkin aku dah tidur lebih had masa aku kot . Dah la pagi pagi lagi aku nangis tak tentu pasal . Macam orang gila ja gayanya .. Haihh ==' Lepastu perut aku bunyi Kronggg . Krooongg . Kenapa dengan perut aku ? Lapar lah woii ! Lepas tu , aku masuk dapur , cari makanan untuk sarapan aku laa , apa lagi nak cari dekat dapur pagi pagi buta ni kan ? Tiba tiba aku rasa aku teringin makan roti bakar sapu madu . OMG ! Sedappnyaaa . Lama gila aku tak makan roti bakar sapu maduu . Yummm ! Dah terliurr dah pun , sambil ada bayangan roti bakar sapu madu disuap dalam mulut . Lepastu , aku pun bakar la roti gardenia tanpa melihat berapa minit mesin tu nak bakar roti gardenia aku ni .. Lepastu aku gi la online twitter . Aku terhidu satu bau yang sangat . Umphh ! Bau hangit la wey ! Berasapp satu rumah , sampai ke tingkat atas nuhh . Berkepol kepol asap . Tak sempat pulak aku nak snap disebabkan memang terkejut gila masa tu . Rasa macam . Ah ah ah ! Macam mana ni ? Lupa aku pasal nak snap .. Then , apa jadi dengan roti bakar sapu madu aku tu ?


OMG ! nampak terliurr tak ? roti bakar sapu madu aku la tuuu . Haha xD apa dah jadi dengan aku hari ni ? Pagi pagi lagi dah macam macam dugaan =='

Wednesday, November 28, 2012

Ketenangan

 Assalamualaikum pembuka bicara , selamat sejahtera salam satu Malaysia . Err ? Ehem ehem , testing 123 . Hihi :) Alhamdulillah , selamat sampai dekat rumah . Wooo . Berjaya mencapai target Yana ! Ohyehhh , target Yana sebelum sampai kampung , ' Berpuasa daripada online facebook , twitter and blogger ' . Wewit , kau hadee ? Rinduuu nya nak menaip .. Hanya mampu baca blog orang ja . Masa Yana kat sana kan kan kan , kempunan gila nak update blog , sampai Yana taip je dalam handphone . Oleh sebab lama tak menaip , sampai kering idea dalam kepala hotak ni kan kan , yana paste jela kat sini ehh ehh .


  " Ketenangan . Ketenangan yang aku inginkan . Jauh dari semua orang yang hanya tahu pentingkan diri sendiri , hanya tahu mencari kesalahan orang . Butakan mata daripada melihat kesalahan diri sendiri . Mengapa ? Menindas orang yang lemah , lebih suka mengutuk yang tidak bersalah , padahal diri sendiri yang bersalah . Mengapa ? Aku penat dengan semua ni . Aku jemu dengan semua ni . Tolong berhenti , berhenti mengejar aku , mencari kesalahan aku , tanpa engkau menyedari engkau punca segalanya . Di sini , tiada sapa yang bisa menyakiti aku .  Di sini penuh dengan ketenangan . Ketenangan yang aku inginkan , tanpa  facebook , twitter , handphone dan lainlain . Hanya ada aku , suasana yang aman , tenang dan BLOG ! Hihi , sekian , terima kasih . :) "

Bai ! Assalamualaikum :)

Saturday, November 17, 2012

Kami Buddyz , Takkan Terpisah

Assalamualaikum . Holla :)

Lama rasanya tak update blog .. Sebenarnya kalau ikutkan hati , rasa macam nak delete ja blog ni .. Boleh kata 99 % post yana , semua yana dah delete .. Memang tekad la nak delete , tapi rasa macam sayang pulak .. Kalau boring boleh update blog kan ? hmm . So tak jadi nak delete .. Cuma edit serba sikit . Daripada 100 % pink , sekarang 100 % blue . Hoho . Nampak cool tak ? xD Tapi rasanya memang jarang gila la nak update kan .. Anggap je la yana newbies yang baru nak ceburi bidang blog . Mohon tunjuk ajar dari bloggers yang lain . :)

Pejam celik pejam celik , lah .. Nak masuk 2013 dah rupanya .. Cepat je masa berlalu kan . Yana yang 13 ni nak masuk 14 dah .. Have to say , ' Good Bye One Setia ' . Hari last sekolah , wajib enjoy habis habisan . Nak cipta memory alasannya . Haha .. Tapi masa last day sekolah tu , memang happening gilaa .. Sweet Moment lah .. ;) Last day sekolah , 1 setia buat jamuan . Masa balik , main macam budak umur 1 tahun ja lagaknya .. Adoii . Tapi kan , kesah hape . Janji happy ! :D Tepung time ! Malas cakap banyak , nak buat tayangan gambar ja . Hihi . Tema kami , 'Kami Buddyz , Takkan Terpisah'




                         * bajet macam tengah main snow ja lagaknya*




Ni je kot gambar yang yana nak share dengan korang , untuk tatapan korang sebagai pencuci mata . Haha . Gambar last tu , semua budak perempuan melayu 1 setia . Okay , that's all for this entry . Tata , Assalamualaikum :)

Tuesday, October 2, 2012

‎13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga

Assalamualaikum , muslimin dan muslimat sekalian . Ehem ehemm , testing , 123 . oke oke :)

Hehe . Sebenarnya , tadi tengah yana dok baca status status friends yana dekat facebook tuu . Yana ada terbaca satu status ni , even panjang , tertarikk jugak nak baca ;) so , yana mintak kebenaran dia , nak share dekat sini . Alhamdulillah , dia izinkan .. Ilmu tak salah dikongsi bersama . Malah dapat pahala , tak gitu ? Hehe .


1. Bulu kening.

Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada.

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi.

Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah s.w.t. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher.

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan.

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah s.a.w. dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah s.a.w:

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata.

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad s.a.w;

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara).

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah s.a.w. akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah s.a.w. – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut.

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim..


Islam Itu Indah .  Baiklah , selamat tinggal ! Assalamualaikum . :)

Wednesday, August 8, 2012

3/8/2012

Assalamualaikum ,
selamat sejahtera dan salam satu Malaysia ,, ehh ehh ? Hoho :D teruja kay terujaa ! Maklumlah , dekat setengah tahun aku tak hapdet blog .. Eh ehh ? Betoii ka ? :D Kesian hampa kan ? Aku tak blog walking kat blog hampa lagi ,, kay cuti raya ni , Insya-Allah ..3/8/2012 ? ada apa ada apa ? sapa 
sapa ingat ? k tak ingat .. Hempuk kepala hampa , nahh hambikk ! Ingat dah ? Hikhik :D okay , excited lebihh .. Birthday aku la woii ! -,- k sad , hampa lupaa .., Kejam tauu ! ><
K , nak ucap berbanyak terima kasih untuk kawan kawan yang ucap , tak lupa jugak yang wish dalam facebook , and massage .. Thanks a lot <3 Especially yang kasik hadiah , buang duit jaa , cehh , padahal aku happy tak terkiraa ! Dapat hadiah k , HADIAH .. Hoho , jealous kan ? ==' Trima kaseh yang wish tepat 12 tengah malam .. Ucapan terima kasih istimewa untuk De'fatiya , sebab celebrate awai and menjadi orang fist wish , and sudi beli kek and the cute pink teddy bear .. Kay , jealous terokk kan ? :P Hoho , terima kasih mama and abah beli pizza ,, i love you so much mama and abah <3 .. 
Kay , tk lupa nak tempekk gambar yang ditangkap pada 3/8/2012 .. Hoho :D



Muka budak tigabelas tahun , hikhik :) Dia tengah buat muka mintak hadiah tuu , kasik la sikit .. Hoho :D

Kay , nak tunjuk sikit De'fatiya yana , comel tauu !







Kay , abaikan muka penat plus berminyak plus huduh tuu .. Fokus pada teddy chomel aku yang nama De'fatiya  .. Hikhik , jealous kan ? k baii , Assalamualaikum :)