Saturday, January 5, 2013

Order ?

Assalamualaikum dan Selamat Petang semuaa ^^

Lamaaaa gila kan aku tak update blog ? Padahal cuti sekolah sebulan lebih . Sepatutnya masa masa macam ni la para pelajar macam aku ni nak ambil peluang yang sama maksudnya dengan mengambil kesempatan untuk update blog . Tapi aku menghabiskan masa aku dengan mem-blogwalking ke blog orang lain tanpa mengambil berat terhadap blog sendiri . Salah satu sebab kenapa aku malas nak update blog sebab kadang kadang aku terpikir , aku penat penat menaip , ada ka orang kesah dengan blog aku ni ? Ada ka orang nak baca ? Nampak macam aku syok sendiri bukan ? Tapi setelah aku meng-signin blog aku dan aku menyedari bahawa ada jugak seketul dua insan yang kesah pasal blog aku . Ya , aku menyedarinya selepas aku menengok followers aku bertambah . Dan aku sungguh terharu :') *air mata meleleh sambil tangan aku mengelap hingus* Sebenarnya melimpah ruah idea dan cerita cerita terbaru lagi sensasi untuk aku updatekan kedalam blog aku . Tapi sayang , itu dulu . Dan sekarang , semua cerita cerita itu sudah lapuk , busuk , basi , beku dan tidak lagi sensasi . Maka aku lupakan niat aku untuk meng-update pasal cerita cerita yang melimpah ruah tadi ..

Jadi , apa yang aku buat masa cuti sekolah ? Ya , maksud aku selain online , tidor , tengok tv dan lepak sorang sorang . Sebenarnya , masa cuti sekolah haritu *ini bermaksud aku update masa cuti sekolah dah tamat* , sepupu aku datang bertandang ke rumah aku bagi menemani hari hari sepi aku . Dan dengan kebetulannya , dekat kedai abah aku kekurangan pekerja . Jadi aku dan sepupu sepupuku mengambil peluang . Hmm , mengambil peluang atau dipaksa ya ? Ok , nevemind . Sambung ayat tadi . Jadi aku dan sepupu sepupuku mengambil peluang ini , untuk bekerja . Yes , bekerja . Bekerja means ada gaji . Ya ! Kami dapat gaji okay . Even aku kerja dengan abah aku sendiri . Seriously pengalaman yang sangat interesting ! Customers yang banyak ragam dan kerenah . Marah sebab lambat ? Itu perkara biasa . Yang menggatal ? Itu juga aku dah kena banyak kali . Salah ambil order ? Dah pernah . Salah orang ? Dah pernah. Mula muala tu memang rasa maluu . Lepas lama lama tu , macam dah biasa . Bila aku salah orang , aku akan cakap ' Ohh , maaf ' . Dan ayat yang paling banyak aku guna semasa berkerja adalah 'order?' *sambil buat muka comel* . Sebenarnya niat aku mengumpul duit gaji , adalah untuk membeli DSLR . Ya , dah berabad aku tergilakan menatang ni . Tapi kemungkinan untuk aku memilikinya tersangat lah tipis . Dan mungkin . Tidak ada langsung . Jadi , biarlah harapan tinggal harapan . * saya buat ayat pasrah begini adalah untuk menagih simpati kalian beserta harapan korang akan menghadiahkan seketul untuk saya * So , aku rasa banyak ni je kot perkataan yang aku nak taip . Memandangkan berabad aku tak menaip , dan sekarang . Aku rasa sangat kekok . Goodbye everyone ! Have a nice day ;) Assalamualaikum .



                 Aktiviti yang HARUS aku buat , tak kira bila dan dimana sahaja :)

0 comments: