Saturday, January 5, 2013

Saya Ada Kucing ! :D

Assalamualaikum :)

Nampak betapa eksaitednya aku ? Saya ada kucing yeayyy ! xD okay , aku kelihatan seperti kanak kanak yang tidak pernah memelihara kucing , dan ini kali pertamanya dia memelihara seekor kucing . Sebenarnya masa aku kecik kecik dulu kan . Family aku suka bela kucing . Lepas sekor mati atau hilang , mesti ada ja penggantinya . Sebab kakak sulung aku pencinta kucing .. Dia suka sangat dengan kucing .. Tapi semenjak Tiger mati , dah tak dak pengganti dah lepas tu . * Tiger tu kucing terakhir yang family aku bela* Maybe sebab kakak aku yang sulung tu stay KL . Dia study kat sana . So kalau bela kucing pun sapa nak jaga ? Nak basuh tahik dia . Basuh sangkar dia . Bagi dia mandi . Sebab aku takmau buat semuaaa kerja tu . Yang aku tau , bagi kucing makan , dan main dengan kucing . That's all .. Tapi setelah sekembalinya kakak aku ke rumah ini , maka hadirlah kucing menggantikan Tiger :D Actually , lepas Tiger mati tu , aku macam tak berapa nak suka dengan kucing dah . Mengapa dan Kenapa ? Sebab bulu dia buat aku rimas apabila bulu bulu dia tu melekat dekat baju aku dan aku kelihatan begituuuu comot . Tapi sekarang aku dah mula berjinak jinak dengan kucing semula =) Dan aku tak benarkan dan tak akan benarkan kucing aku memasuki bilik aku yang sikit punya comel dan wangi ni . Err , boleh percaya ka comel dan wangi ? Okay , nevermind . *ayat cikgu BI aku sebenarnya'



Cakkk ! Comel tak kucing aku ? Comel kan ? Anak kucing lagi .. Family aku jumpa kucing ni masa kami pergi restoran abah aku yang cawangan Baling punya . Masa tu mama aku 50-50 ja , antara nak ambik ke tak . And for sure kakak sulung aku nakkkk sangat dan sukaaa sangat . Kak ngah aku ? She don't like it . Dia tak nak and dia tak berapa suka sangat dengan kucing kucing ni . Bila dia sentuh binatang yang berbulu , dia akan bersin . I think she alah dengan bulu binatang . Then masa family aku dah nak balik dah , mama aku macam . Alaa , nak ambik , taknak , nak ambik , taknak . Lepas tu mama aku tanya abah aku . And guess what , my father said ' ambik je lahh , anak lagi tu , comel pulak tu ' And lepas tuu , aku pun angkut la kucing aku ni , masuk kereta .. Awal awal lagi abah aku dah warning tauu 'Nak bela kucing , abah takmau rumah kotor , bau busuk dan bulu dia melekat dekat kusyen' And mama aku ? lebih kurang sama dengan syarat abah aku , cuma tambah satu . Jangan bagi dia cakar kusyen . Masa dalam minggu pertama aku bela kucing ni . Dia taknak makan tauu . Aku taktau kenapa dan mengapa dan why . Aku mula berfikir fikir . Adakah dia sedang diet ? Nak langsing macam Juliana Evans ? Atau dia rindukan boyfriend dia yang tinggal dia Baling sanaa ? Don't worry sayang , Baling dengan Sungai Petani tidaklah terlalu jauh , so kalau awak nak jumpa boyfriend awak , bolehh sajaa . Dan , cinta jarak jauh mengukuhkan lagi =) siapa sangka ? Kucing aku pandai bercinta dalam usia yang terlalu muda ? Okay , aku pun kalah tauu . Seriously , aku terlalu risauu . Kalau kalau dia sakit macam mana ? 'Kenapa taknak makan ni ?' Masa tu , soalan tu lah rajin meluncur keluar di bibir ku . Dan aku rasa , kalau dia jawab , aku akan pengsan . Tambah tambah kalau dia speaking pulak kan . Dan dalam minggu tu , dia bukan lagi kurus atau langsing atau slim dan sama maksud dengannya . Malah dia dah K-E-R-I-N-G . Kalau nak main pun tak best dah tauu . Dan aktivit harian dan hobi dia masa tu ialah . TIDUR . Aku rasa maybe sebab dia terlalu penat dan letih sebab dia tak makan , jadi dia tak aktif untuk melompat sana melompat sini , terjun sana dan terjun sini . Gambar yang lapisan atas tu , gambar masa dia sedang diet , dan masa tu , nama dia ialah kering . Yes , we call she , kering . hahaha . And I think , she love that name .


Tapi sekarang dia dah sukaa makan ! Dia dah gemuk sikit . Sikit je la .. Dan dia dah aktif . Tersangatlah best ! Tapi , apabila aku sedang online , dia mula merengak , dan mengacau aku . Dan masa tu , aku mula berfikir , kan elok kalau macam dulu . Takdaklah kau kacau aku , tidurr je keja kau . Seriously , dia suka jalan atas keyboard . Hingga kadang kadang , tertutup itu , terbukak ini . Dan aku rasa , sangkaan aku tepat ! Dulu dia taknak makan sebab dia rindukan boyfriend dia , dan bila aku online , dia datang bertenggek atas keyboard , untuk chat dengan boyfriend dia . *boleh rujuk gambar 1.1 lapisan kedua , buku sejarah mukasurat 102 . Aku nak korang tengok gambar yang dia duduk atas keyboard tu sebenarnya*Siapa sangka kucing aku yang comel ni pandai main facebook . hah , kau hade ? Kalau dulu nama dia kering , sekarang nama dia apa ? Sebenarnya terlalu banyak nama yang family aku bagi dekat dia . Antaranya , nyet . Ni aku yang bagi . Nyet bermaksud monyet . Merujuk kepada sikapnya yang terlalu aktif . Gegurl . Sila ketawa kerana nmanya yang terlalu comel , dan bila aku sebut nama gegurl , aku mula membayangkan kucing aku yang berwarna pink , memakai aksesori pink , ribbon dan sebagainya , dengan gayanya terlalu girly seperti watak perempuan gedik dalam sinetron indonesia . Dan aku taktau apa motif dan kenapa kucing ini diberi nama gegurl . Adakah kerana cara dia berjalan terlalu godek godek . Tau tak godek godek ? Ya , dia jalan godek godek xD Baby . Aku yang bagi nama ni memandangkan dia terlalu manja . Seriously tak tipu ! Manja GILA . Mona . Mona adalah nama kucing aku yang telah hilang beberapa tahun dahulu . Dan telah terlalu lama dia menghilangkan diri . Dan aku fikir , sekarang dia mungkin sudah tidak ada di dunia ini . Dan sekarang , dia tidak mempunyai nama tetap . Aku hanya panggil meow bila aku nak bagi dia makan .
Dan masa terlalu mencemburui pertemuan kita pada kali ini , maka dia tidak mengizinkan untuk aku menaip dengan lebih banyak lagi . Oleh itu izinkan aku mengundurkan diri sekarang , akhir kata . Wassalam *kenyit mata*

0 comments: