Monday, June 3, 2013

Tetamu tidak diundang

Assalamualaikum .

So , untuk terus mengisi masa cuti aku dengan aktiviti yang berfaedah . Di bawah sinaran bulan yang menerangi malam malam sepi , dengan bunyi cengkerik dan katak ong berselang seli , silih berganti jom aku cerita dekat korang satu cerita yang sangat awesome bagi aku ! -_- Even cerita ni dah lapuk di telan zaman , tapi masih segar di ingatan aku dan ke'peqak'kan aku masih belum hilang .

Tetamu tidak diundang . Apa ? Terasa ? Terasa nah hambik ! Alolo . Janganlah .. Kamu kamu kamu yang tengah baca blog aku ni , semua tetamu yang aku undang . Tetamu VVVVVVIP lagi tau ! So apa yang aku nak cerita tentang tetamu tak diundang ni ? Adakah tentang Mak Jemah yang datang rumah aku sebagai tetamu untuk bercerita gossip gossip terbaru seperti Izzue Islam nak kawin dengan PA dia dan aku pun halau Mak Jemah tu ? Atau aku ada buat kenduri dekat rumah aku , dan sekumpulan bebudak remaja nak makan kenduri tapi tak dapat menunjukkan kad jemputan so diorang dikira sebagai tetamu tak diundang ? Eh bukan bukan . Boo yana boo .

Tetamu yang aku maksudkan . Ialah ....... ! Okay let's start the story . So hari selasa minggu lepas .. Kedai parents aku cuti , so aku balik sekolah tu . Aku jumpa mama aku , aku mintak dekat mama aku , nak balik BPJ . Lepas pujuk pujuk pujuk pujuk . Mama aku pun cakap okay . So mama aku suruh aku balik rumah dulu , kemas-2 apa yang patut . Sebab mama aku nak pergi tesco . Beli barang sikit . So aku pun beli nasi ayam , dan terus balik . Lalala~ Dah sampai rumah , aku terpikir . Hmm , mesti mama lambat lagi , sebab mama nak pergi beli barang dulu . So aku makan dulu , tengok tv dulu , main game dulu . Punya relax . Padahal aku yang kalut nak balik BPJ tadi . Tetiba ' Ponnnn Ponnnnn !!!! ' * bunyi hon * Takkan sampai dah kot ? Alahh , aunty rumah sebelah tu . ' Ponnnn Ponnnnnn !!!! ' bunyi lagi .. Ish apa ke pekak sangat jiran aku ni , sikit punya kuat hon , tak dengar-2 . Aku pun meninjau sikit dekat tingkap tu . Oh My God !
Abah aku ! Aku pun punya kalut kemas-2 barang apa semua , dah masuk bonet siap . Aku masuk dalam kereta . Abah aku tanya ' adik nak p mana bawak barang banyak sangat ? ' Aku macam -_- cisss . Then aku tanya abah aku balik ' abah nak bawak ceq p mana ? ' kedah sgt kan ' abah ingat abah bawak bawak adik p tesco . P dekat mama ' ' Ohh , ceq ingat abah nak bawak ceq balik BPJ . Sebab tadi mama cakap mama nak bawak ceq p BPJ . ' ' Adik nak balik BPJ ? Hm , takpalah . Jom p tesco dulu '  pekat gila aku cakap . So kitaorang pun p tesco . Siap pindah barang apa semua . Kitaorang pun p kedai runcit yang lain . Supplier barang niaga parents aku lah . Kereta mama aku , tinggal dekat tesco . Sebab rosak apa entah . So , masa dekat kedai runcit tu , kakak aku call mama aku . Cakap ada binatang masuk rumah . Mama aku cakap la , halau dia keluar la apa . Kakak aku tak berani . So masa tu macam-2 spekulasi yang timbul .. Cakap tu biawak la , apa binatang entah , lupa nama dia . Tapi mama aku cakap binatang tu tak bahaya . So kitaorang terus balik BPJ . Cehh , konon nak halau binatang tu ah . Yang aku , dalam hati dah macam-2 dah cakap . Kakak penakut lah apa semua . Cis , teruk kan aku ?

Dah sampai , aku pun punya gelakkan kakak aku . Sebab apa ? sebab dia guna , kau tahu kapak yang diperbuat daripada besi yang besar gedabak mak engkau tu , kapak tu orang guna untuk pecahkan dinding . Tapi dia guna nak bunuh binatang tu . Kau bayangkan , kalau binatang tu lari , jenuh kakak aku kejar binatang tu sambil katok binatang tu guna kapak tu . Tak ke lingkop lantai rumah mama aku -,- Dah la siap duduk atas sofa , kaki tak jejak lantai dah . Kapak tu , siap sandar depan dia . Cehh . Ni taktau la binatang apa . Sebab kak aku nampak badan dia ja , tu pun separuh ja . Tiba-2 mama aku cakap . ULAR !  aku macam . Ah ! seriously ? So aku pun lari sepantas kilat ke dapur . Maklumlah . Peqak kan . Mana pernah tengok ular lagi . Hmm , seumur hidup aku , masuk kali ni baru 3 kali aku tengok ular face to face . Tu pun ular daun kauu . Masa darjah 3 ka 4 entah . Kat kelas tasmik , dekat sekolah . Nature sangat sekolah aku kan . Nasib takdak kera . Kalau tak , jadi gang aku lah .

Manaaaaaaa ? Eksaited kan aku . Rupa rupanya ular tu dah masuk dalam almari . So terpaksa jahanamkan almari mama aku , sebab nak ambik ular tu la kan . Dari mana dia masuk ? Dia masuk dekat lubang kecik almari tu lah . Lubang tu kecik gila kot . Ramping sangat ular tu . So abah pun tengoklah . Ular apa .. Macam-2 nama ular yang keluar . Yang pasti ular kuman-2 jelah yang keluar masa tu . Ular nak makan tikus lah hapa . Ha , rumah aku ni , memang banyak cuncurut . Tahu tak cuncurut tu apa ? Tak tahu pergi search mr . google . Then panggil jiran apa semua . Siap call ' bomoh ular ' lagi youuu . Ha kemain kan . Bomoh ular , padahal kawan abah aku . Mama aku suruh call bomba . Tapi abah aku nak tunggu ' bomoh ' . k fine . Dah ' bomoh ' sampai , ' bomoh ' cuma nak tengok je ular tu . Nak tangkap suruh bomba lah . Kurang sangat . Then dah sampai bomba , dah tangkap ular tu . Tahu tak ular tu nama apa ? Haaa , raja lah youu . King Cobra . Jeng jeng jeng ! Masa nak tangkap tu , banyak sangat reporter-2 tak bertauliah datang . Terasa famous rumah aku tu tau .
Dulu biawak , sekarang ular . Nature sangat rumah aku . Agak-2 , boleh la aku jadi tarzan . Hikhik .

Gambar ular takda , gambar almari yang dah jahanam ada . :) k bai !

0 comments: