Thursday, July 4, 2013

Sibling ♥

Assalamualaikum





Aku bukan nak bercerita pasal kakak kakak aku , tapi aku nak cerita dua orang abang dan adiknya , bagi aku sangat sweet okay . So tadi aku balik sekolah . Jalan punya jalan punya jalan tangan mengelap peluh . Tetiba ' Kronggg krukk krokk kroikkkk ' Dah macam orang berak cirit pulak bunyinya . Hahaha . K pengotor . Actually tu bunyi perut lapar lah . Ish , laparnya . Lapar gila ni . Cepat lah sampai kedai , cepatlah cepatlah .

Bila dah sampai dekat kedai abah aku . What the ? Kedai tutup . Hari ni hari Khamis kot . Dah kenapa tetiba cuti ? Dah la lapar gila ni . Dengan menarik muka masam tapi kemanisannya masih ada dan takkan hilang ni . Aku pun nyong nyong nyong balik rumah . Mama aku panggil berjalan nyong nyong nyong . Sampai ja rumah , terus capai henfon . Nak call parents , tunjuk perasaan cadangnya . Punya huduh perangai . -_- and mama aku cakap diorang pergi Pulau Pinang . Ada kerja sikit , I guess . K padan muka kena tinggai sensorang kat rumah .

So aku pun mandi siap semua , nak pergi beli nasi ayam . Lapar sangat ni . Dah wangi beserta comel yang sememangnya dah comel sikit ni cuma bertambah sikit comel dia , aku pun nyong nyong nyong pergi kedai nasi ayam yang tak jauh dari rumah aku . Dah order , aku pergi topup dulu . Masa aku nak pergi topup tu , aku nampak ada satu cerita parking depan pusat pengajian Al Quran , dekat sangat dengan kedai nasi ayam tu . Eh , aku ex student situ tau ! Lol . Kereta tu biasa biasa ja . Aku rasa diorang tiga orang adik beradik . Dalam kereta tu , ada dua orang abang . Dalam lingkungan 20-an . And sorang budak laki , duduk kat belakang . Pakai kopiah dengan baju melayu siap galas beg . Comel k budak tu . Aku agak umur dia lebih kurang 5 or 6 tahun kot . Tengok dari gayanya , mesti budak tu student kat pusat tu kan .

Then bila kereta tu dah stop depan pusat tu , keluar sorang abang , yang duduk sebelah pemandu . Abang tu pakai cap . Dia gi bukak pintu belakang , untuk adik dia keluar . Sebelum adik dia keluar tu , aku nampak adik dia salam abang yang pemandu tu . Lepas dia keluar , dia salam pulak abang yang tolong bukak pintu tadi . Lepastu abang tu cium adik dia . Masa tu aku rasa . My God , sweet gila . Tengok dari perlakuan dia , aku dah dapat agak , diorang sweet sibling and mesti caring and baik and rapat . You know , benda macam tu seriously payah gila kita nak tengok .

Abang tu bukak pintu untuk adik dia , salam dengan adik dia . Tu aku anggap macam biasa ja . Tapi sangat menarik perhatian aku bila abang tu secara spontan cium adik dia . Dan secara automatik , bibir aku mengukir senyuman yang manis walaupun sebenarnya sedia ada dah manis dah pun . Lol . Tak lepas nak puji diri sendiri . Kalau aku tak puji diri sendiri , siapa lagi kan . Pakat nak muntah hijau ja hanya sebab nak puji aku . Lepas adik dia dah masuk dalam kelas , abang tu pun nak masuk dalam kereta balik and secara tidak sengaja aku terpandang  pemandu tu . Dia tengah tengok aku . Bila dia perasan aku tengok dia , dia pun senyum . Agak agak , dia perasan tak aku dok perhatikan tingkah laku diorang ? Cis .

Aku teringin nak ada abang kandung . Dulu , aku pernah bagitau kawan aku . And kawan aku cakap , susah ada abang ni . Bila abang , dia mesti lelaki . Lelaki ni banyak godaan sosial . Paham tak godaan sosial tu macam mana ? Yalah , dia lebih banyak terpengaruh dengan rokok , ponteng sekolah , dadah , rempit and macam macam lagi . Memang tak dinafikan , bukan semua lelaki macam tu , tapi bila kita ada abang , kita taktau macam mana abang kita tu . Dia nak jadi apa , itu pilihan dia . Dan mungkin tanpa pengetahuan keluarga , dia terjebak dengan godaan godaan sosial ni . Dengan apa yang aku saksikan hari ini . Inilah abang yang aku nak , tapi susah nak cari abang macam ni zaman sekarang . Abang yang protect family dia . Sangat susah .

Tapi , bila dah namanya SIBLING . Adik beradik . Macam mana buruk pun dia , macam jahat pun dia , sebenarnya dia sangat sayangkan adik beradik dia . Even kadang kadang dia tak tunjuk depan depan , perbuatan dia yang menunjukkan dia sayangkan kita . Cuma kita ja tak sedar . Macam kakak kakak aku . Seteruk mana pun kitaorang gaduh , tumbuk sepak terajang . Perasaan sayang tu takkan pernah hilang . Sekuat mana kau jerit kau bencikan adik beradik kau , sejauh mana kau lari dari adik beradik kau . Perasaan sayang takkan pernah hilang . Sayang dekat sibling bukan macam sayang dekat boyfriend/girlfriend . Kau couple lah sampai 4 5 tahun , bila putus , kau boleh lupakan dia jugak . Sibling yang membesar bersama dengan kita . Dari kita kecik hingga sekarang . Dia kenal kita lebih daripada boyfriend/girlfriend kenal kita . Dia dah masak dah dengan perangai kita .Macam mana kita nak lupakan dia ? Tak boleh . Air dicincang takkan putus :)


Wednesday, July 3, 2013

Apa pulak orang kata ?

Assalamualaikum

Hello peeps . Nampak tak bajet macam ada orang nak baca blog aku ? k . Aku suka menaip , tak kisah ada orang baca ka tak , asalkan aku taip * happy life * lol . Let's talk about apa orang kata ? Any question ? Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya ? Apa yang aku cuba nak cakap sebenarnya ? Apa maksud aku ? k . Sini dekat sikit aku nak cerita , jawapan 3 in 1 ni . Bukan iklan Nescafe k .

Bila kau rasa kau nak do something . Kau akan pikir , nanti apa pulak orang kata ? Sikit sikit , apa pulak orang kata . Sikit sikit apa pulak orang kata . Tak ka kau rasa kau bergantung pada pendapat orang ja ? You are not being yourself kalau kau terus terusan pikir apa pulak orang kata . Setiap manusia dalam dunia ni , ada pendapat masing masing . Kalau kau nak pikir apa orang kata , memang tak jadi manusia lah kau . Habis tu jadi apa ? Jadi orang :3 k jawapan budak cengeng . Tapi serious kot .

Memang kau takkan boleh buat apa apa kalau kau ikut apa yang orang pikir dan apa yang orang cakap . Well , life ni . Biasalah orang suka kita , orang benci kita . Itu perkara biasa k . Aku sendiri , ramai ja benci aku . Tapi aku buat muka tauhu busuk . Lantak lah . Tauhu tauhu busuk pun comel okay . Hahaha . Tolong jangan muntah dekat sini . See , kalau orang yang macam jenis type ' ei dia ni puji diri sendiri comel . gerdiksx gilerwh ' . Dia akan kata macam tu tapi . Ah kisah apa aku . Dah memang jenis ni aku bergurau . I just be myself . Aku bergurau macam ni dan aku akan bergurau macam ni . Takkan hanya sebab dia cakap aku macam tu , then terus aku berubah jadi ayat macam ni pulak ' tauhu tauhu busuk , dah busuk hodoh pulak tu , dah hodoh gemuk pulak tu dah gemuk hitam pulak tu ' Then lepastu ada pulak orang cakap ' Jangan cakap macam tu , setiap ciptaan Allah comel comel saja , tak baik mengutuk diri sendiri ' . Nampak tak nampak tak ? Dua pendapat yang berbeza , fikiran yang berbeza . Okay yang ni aku bagi contoh ja .

Then what to do ? Senang ja . Kita pikir , apa yang kita buat tu betul ka salah . Kita pikir apa yang kita buat tu , kita selesa tak . Buruk tak padahnya nanti . Kita just pikir diri kita sendiri . Jangan pikir orang lain . ' YOU ALWAYS THINK WHAT PEOPLE WILL SAY , BUT DO YOU THINK ARE YOU HAPPY DOING THAT ? ' Okay aku bagi contoh la kan . Contoh . Ada sorang budak perempuan ni , dia free hair . Then hati dia berubah , dia nak pakai tudung . Takkan dia nak pikir nanti gang dia perli dia . Kawan kawan dia kutuk dia . Takmau ka dia pikir apa yang dia akan tanggung di akhirat nanti ? Bila kau just pikir diri kau , keselesaan kau . Kau akan happy ja . Takdak gelisah gelisah . Happy life gitu . Aku dah cuba try test buat , and it work ! So you have to try by yourself  ! Good luck . ;)